Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin menyambut gembira persetujuan di antara Pemerintah Negeri Sarawak dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dalam menyelesaikan isu berkaitan pengurusan minyak dan gas di negeri tersebut melalui sebuah perjanjian komersial.Perjanjian yang ditandatangani oleh Sarawak dan PETRONAS di Kuala Lumpur hari ini akan membuka lembaran baru dalam usaha meningkatkan lagi pembangunan industri migas di negeri tersebut
"Perjanjian yang ditandatangani oleh Sarawak dan PETRONAS di Kuala Lumpur hari ini akan membuka lembaran baru dalam usaha meningkatkan lagi pembangunan industri migas di negeri tersebut dan membuka pelbagai peluang perekonomian serta pembangunan industri yang berkaitan di Sarawak," ujar Muhyiddin di Putrajaya, Senin (7/12).
Penyelesaian isu berkaitan pengurusan minyak dan gas ini, termasuk persetujuan berhubungan pengenalan cukai penjualan petroleum di Sarawak yang dicapai sebelum ini akan mempersilahkan Sarawak memperluas penarikan hasil untuk disalurkan kepada pelbagai program pembangunan demi kesejahteraan segenap lapisan rakyat.
Baca juga: Pertamina-Petronas sepakati "supply agreement" senilai 500 juta dolar
Baca juga: Petronas Yamaha SRT luncurkan motor penantang musim MotoGP 2020
"Perjanjian yang dimaterai hari ini juga membolehkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), yaitu anak perusahaan milik Sarawak, memainkan peranan yang lebih besar dalam industri minyak dan gas melalui kerja sama dengan PETRONAS," katanya.
Selain itu, ujar dia, bakal membuka peluang yang lebih luas kepada perusahaan di dalam industri pelayanan minyak dan gas di Sarawak untuk memasuki lebih banyak bidang perniagaan berkaitan industri tersebut.
"Pada masa yang sama, PETRONAS akan terus memainkan peranan sebagai perusahaan minyak nasional dengan kuasa penuh dalam mengawal pembangunan industri minyak dan gas secara menyeluruh, selaras dengan undang-undang negara," katanya.
Persetujuan serta pemuafakatan kedua pihak dalam mematerai perjanjian komersial ini, ujar dia, sesungguhnya melambangkan komitmen pemerintah federal untuk menyelesaikan perkara ini secara bersama dengan Sarawak.
"Diharapkan penyelesaian isu ini bakal membuka lembaran baru dalam usaha mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, selain memastikan pembangunan wilayah yang inklusif agar nikmat pembangunan negara dapat dirasakan seluruh rakyat Malaysia secara adil dan seksama," katanya.
Baca juga: Pendapatan Petronas Malaysia turun empat persen
Baca juga: Morbidelli perpanjang kontrak dengan Petronas Yamaha hingga 2022
Pewarta: Agus Setiawan
Editor: Mulyo Sunyoto
Copyright © ANTARA 2020